Betul ke masih ada simbol freemason pada Anugerah Juara Lagu malam tadi?
Saya ni kalau bab-bab artist ke,penyanyi ke,kurang ambik port pun .Pada pendapat saya,AJL pada malam tadi sebenarnya bukanlah mengandungi apa-apa unsur yang berkaitan dengan freemason pun..hi3
tapi dengar khabar juara AJL di booo bila diumumkan sebagai juara AJL ke 25...aisey...malu beb...yang malu bukan Ana Raffali,tengok dia cool je siap peluk-peluk bila diumumkan juara,ni soal penonton kat stadium tuh la..tak tahu la kalau ada sampai baling kerusi ke,sebab semangat macam sokong team Harimau Malaya hari tuh tak hilang lagi kot..kah3..apapun,orang yang berada di sana lebih mengetahuimya yek.nak komen lebih-lebih tak patut gak...hi3..
Pada pendapat saya juga la kan ,AJL pada kali ni bukan bukannya ada simbol-simbol freemason pun,simbol 2 Alam ade la hahaha...bukan yang filem 2 Alam Dr Rozmey tuh,yang tuh lain cerita,ni pasal abang Faizal Tahir..
Mana tak nye,penonton dan artis-artis lain datang AJL kali nih,memang pakaian punya stail masing-masing,memang tidak dinafikan la kan...duduk leklok je atas kerusi tengok pesembahan penyanyi,abang FT kita ni,tahu je la kan abang FT dress up macam mane setiap kali buat persembahan..
kali ini siap boleh menyelam-menyelam pulak dalam air,lepas tu cepat-cepat naik pentas balik..fuuhh suara still maintain beb..kalau saya la,confirm mintak musician kena hentikan main muzik dalam 15 saat ke,ambik nafas beb....hahahaha...Rayban pun celup sekali jugak tuh..ha3..tahun lepas campak Rayban..tahun ni celup dalam air lak,tahun depan maybe bakar api lak kot,dengan lagu terbaru FT 'Hangus'...kah3... (asyik gelak je aku nih)...hik3..
Apapun diucapkan tahniah kepada Juara AJL ke 25 Ana Raffali,persembahan Faizal Tahir lak memang top class gua cakap..rasa-rasa penyanyi lain tengok cara persembahan FT ni,boleh terbuka minda tak nak improve persembahan diorang? harap-harap ada la kan...
ok,saya berhenti setakat ni dulu,ada hal nak diseatlekan...
*bila la nak buat pentas yang grand cam kat Korea dan Jepun,smart ape..?